Thursday, October 24, 2013

Ayam Masak Ros Resepi Mamak Haji







ayam masak ros resepi mamak haji 1










Assalamualaikum.


Ada yang terliur nengoknya....sila2 mencubanya yerk...compom sedappp...


Mas share resepi Ayam Masak Ros resepi dari FB Mamak Haji. Dah masak Ayam Masak Ros, mesti nak nasi tomato..baru ngam...Alhamdulillah anak2 pun suka...


untuk resepi Nasi Tomato, boleh lihat resepinya DISINI....resepi dari Kak Ummi - Home Sweet Home. TQ yerk kak Ummi dan Mamak Haji...






Ayam Masak Ros 


Resepi :  FB Mamak Haji.










Bahan :


1 ekor ayam ( 1.6 - 1.8 kg ) . Bersihkan, potong 10/12  bhgn.


1/2 Tin ( bersaiz 225gm) "Kimball Sup Tomato".

1/2 Tin Susu cair/sejat.

2 sudu besar (tbsp) Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).

1 helai pandan dipotong 2" panjang untuk tumis bersama.

2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).

2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2" panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.

Satu batang serai diketuk untuk ditumis 

1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.

1 sudu kecil (tbsp) serbuk jintan putih.

1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.

1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),

1 sudu kecil garam masala.

2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).

Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal daptkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.

100gm santan pekat.

1 sudu kecil (tsp) garam masala.

Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.






Bahan2 dikisar:
10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.

1 batang karot.

1 biji tomato.

1 biji bawang labu besar.

1 inci Halia.

5 ulas bawang putih

100gm bIJI badam direndam air panas dan dikisar halus.

*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.










Cara menyediakkannya :

1 -  Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.



2 -  Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*


3 -  kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.


4 -  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).


5 -  Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6 -  Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7 -  Bila kuah mula pecah minyak masukan 100 gm santan pekat.

8 -  Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9 -  Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. 



10 - Hidangkan dengan daun pudina/ketumbar dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.






















No comments:

Post a Comment