السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-12-2013
Citer hari Sabtu. Plan asal kami nak pegi main bowling, tapi berkira-kira jalan akan jem dan orang akan ramai (read: para remaja) akan memenuhi pusat bowling (hajat nak pegi Times Square) lalu kami pegi makan-makan jer.
Dari rumah, pasang plan nak tengok movie. Tapi semak kat website, tiada filem sesuai dengan masa. Ok kensel.
Pavilion masih meriah dengan dekorasi Krismas walaupun dah berlalu.
Ika ajak masuk restoren sushi. Hanya saya dan dia jer yang minat sushi.
Yang hijau tu Frozen Matcha (RM10.80), IKA punya. Saya order Purple Lady (RM6.80). Dua lagi tu jus biasa, Oren Juice dan Fruit Punch (RM6.00 each). Semua sedap kecuali Ika komplen air dia kurang umph banding sama air tu di Sushi King.
Mana cukup makan sushi saja, kan? So untuk bukan peminat sushi, kami order Oyako Don (pic atas, RM13.80). Nasi dengan ayam, cendawan, telur. Beras Jepun macam beras pulut. Sedikit lembik, tawar dan kena makan dengan kicap. Saya kurang gemar, jadi kongsi dengan Chak.
Alia order Yakitori Don (RM12.80). Hampir serupa tapi nasinya nasi goreng dengan sayuran.
Oh ya, di Sushi Tei, warna piring sushi putih dan biru adalah yang paling murah (bermula dengan RM1.80) dan yang paling mahal sehingga RM6.80 iaitu piring kaler purple.
Green Tea (panas atau sejuk) RM1.00 segelas dan boleh refill percuma. Yang panas kurang sedap tapi yang sejuk sangat enak. Semua nak cuba.
Last, puan blog dengan air Purple Lady. Sesuai tak air tu dengan saya?
Macam tak kena jer. Macam tak jadi jer! Hahahaha...!
~...belum pernah terniat di hati SERI BULAN untuk melukakan hati HISYAM tapi bila makan tengahari itu HISYAM bagai tidak berselera, Mak Utih gelisah Pak Utih resah tapi SERI BULAN yang rasa seperti hendak marah...~
No comments:
Post a Comment